Pertama : Kafarah Dosa.
Kedua : Darjat.
Maka beruntunglah orang yang dapat ujian dari Tuhan, kerana Tuhan turunkan ujian untuk menyucikan hati kita dari dosa, dan meningkatkan darjat kita ke peringkat yang lebih baik.
Allah beri kita ujian, kerana Allah tahu kebolehan kita.
Siapa kata? Allah yang kata :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… (Al-Baqarah: 286).
So... Sentiasa positif dengan diri sendiri. Yakin dengan kebolehan diri. Yakin dengan ketentuan Ilahi.
“Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 5).
Senyum sokmo. Peace yo. Hehe.
Nota Kaki : Gambar di bawah, adalah orang-orang yang bersama denganku susah-senang, dan pantang nampak kamera, pasti nak masuk. Of course, senyum itu perlu. Hehe.
Catat Ulasan