Celoteh Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM




Kamera teman setia. Tiga semester bersama.

Minggu Destini Siswa.

Sepanjang pengajian di menara kejayaan, hanya berlaku sekali sahaja.


Bosan, mengantuk, perasaan nak balik rumah, rindu orang tersayang, buat-buat sakit untuk dapat rehat di sickbay dan skip slot, bangun awal pagi, adalah perkara biasa.

Alaa, tak lama pun, 4-7 hari ja. Bertabahlah wahai mahasiswa. Hehe.

Percayalah, moment-2 inilah yang anda akan dok rindu nanti lepas habis MDS. Nanti bila korang dah naik semester 3-4-5, korang pasti akan throwback balik pasal MDS yang korang lalui sblm ni.

Cerita pasal orang tidur la. PM tu cantik la, PM tu handsome la, garang la, cute la. Kena bangun awal la. Kena menari la. Gosip siswa siswi itu ini begitu begini. Haa gitu.

Alang-alang dah mengarang, nak habaq sikit.

Tahniah kepada rakan siswa/i yang berjaya mendapat tempat di UiTM.

Anda adalah orang yang terpilih. Dalam 200,000 orang yang memohon untuk jadi student UiTM, hanya 20,000-30,000 je yg selected. You're the chosen one.

Gunakan peluang dengan sebaiknya. Jangan persiakan peluang yang ada di depan mata.

Banggakan orang tersayang.

Kalau rasa down sangat / terpaksa / tak minat subjek tapi kena masuk UiTM, positifkan diri sendiri, bahawa Tuhan letakkan kita di UiTM pasti ada sebab. Pasti ada hikmah. Haa macam tu.

Who knows that you're the next shining star of UiTM, right? Haa gitu.

Jika masih rasa down, ingatlah tujuan masuk universiti ini untuk apa sbnrnya?

"Belajar".

Apapun. Just enjoy the MDS!

Hari terakhir usually will be the best ones. Because, orang nak balik rumah, and teringat moment-2 bersama PM. Hehe.

Tips untuk hilang mengantuk, bawak la gula-2. Bawa jaket juga sebab dewan dekat UiTM ni suhunya macam duduk di kutub utara.

Jaga-2. Jangan tidur time slot, kerana kamera dalam gambar ni, memerhati dan snap gambar mangsa-2 keadaan. Silap-silap gambar korang masuk montaj. Hahaha.

Sekian, Wassalam.

-Mantan PM-

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript