Keluarga besar bersama Sir Mohd Idham Mohd Yusof, Koordinator AM110.
Pertemuan dua gurun yang perbezaan budayanya bagai langit dan bumi. Gurun Kedah dan Gurun Melaka, tradisi yang cukup berbeza. Namun berjaya disatukan di bumi UiTM Seremban, diasimilasikan dua rumpun menjadi satu yang akhirnya dinamakan sebagai batch "Sepakat". Pertemuan kami pada mulanya, tidaklah seindah yang disangka. Indah khabar dari rupa. Perselisihan faham seringkali tercetus pada mulanya. Mengakibatkan batch dispute. Kutuk sana sini itu ini begitu begini. Ayat kasar, kata keji nista dihamburkan tanpa rasa segan silu. Semangat kesukuan masih lagi membara. Namun, Allah permudahkan segalanya, kerana niat untuk berukhwah, Allah buka jalan penyelesaian. Segala perkara-2 negatif ini diatasi, termeterai dengan sukan futsal. Betullah orang kata, sukan dapat menjana ukhwah dgn efektif. Akhirnya lahirlah Grup Sepakat.
Semakin lama semakin akrab. Kadang-kadang biasalah, dalam keluarga pasti ada halangan, salah faham, namun kita adalah keluarga. Air dicencang tidak akan putus. Apa yang uniknya grup Sepakat ni ialah, bila kita ada masalah, kita cuba atasi, bukannya lari dari masalah. Pada masa yg sama, kita menjadi matang dari hari ke hari, dan professional dalam mengendalikan sesuatu perkara.
Family kami ni, ada masa, gila-gila. Kadang-2 terlebih gila. Ada masa kita main, ada masa kita serius. Sepakat : Apabila ada member susah, kita akan cari solus untuk selesaikan masalah tu. Jika ada yang tiada duit, maka kita buka tabung kilat untuk support member. Moto rosak? Kita p tolong walaupun jauh nun di highway. Member nak bertanding bola? Nasyid? Berbusking? Warga sepakat turun bagi sokongan. Ultras Sepakat turun pakai baju kuning hitam rasmi sepakat. Uniknya Sepakat sehingga mendapat perhatian Pemangku Rektor.
Aku sayang semua ahli-ahli Sepakat. Harap-2 bila kita reunion nanti, ramai akan datang macam korang semua dtg MPG ni. Aku, selaku founder Sepakat, berasa amat bersyukur sebab hasrat dan objektif Sepakat, tercapai dengan jayanya.
Moga kita semua berjaya dalam haluan masing-2 lepas ni. Dan keep in touch always. Sepakat sentiasa di hatiku.. #Sepakat #SepakatMembawaBerkat #SepakatTillJannah