Bersama Muhammad Nur Hafizi Bin Jamil @hafizi_jamil . Roomies since semester three (3) until now.
Pertama kali bertemu di Pusat Islam @ Perjumpaan Pertama Sekretariat DiPAC Sesi 2013/14.
Seorang yang pendiam. Namun diam-diam ubi berisi. Dalam diam, beliau suka menyelidik dan mengkaji isu, topik dan permasalahan hangat zaman kini. Cewahh. Hahah.
Inilah dia, rakan sebilik yang gila-gila. Ya, memang pendiam, tapi bila dah kenal, hah ambik kau, petah berkata-kata rupanya. Nilah geng lagu jiwang, geng makan. Mostly kami berkongsi minat yang sama. Baik dalam sukan mahupun lagu, hampir semuanya sama. And yang paling best sekali, pemikiran kami juga sama, seolah-olah ada telepathy. Sbg contoh, sdg saya berfikir lagu "Ella - Gemilang", and then tiba-tiba Hafizi nyanyi lagu tu. Bukan sekali, tp dah lebih 10 kali dah. Pelik tapi benar. Hehehe.
Dia ni pun, dah macam PA saya dah. Selalu bagi nasihat. Dah mcm abang adik dah. Pendengar yang baik, dan sentiasa rasional dalam memberi keputusan dan pandangan. Nampak je macam orang biasa tetapi sebenarnya seorang yang luar biasa.
Terima kasih Fizi, sebab ada dengan aku susah senang. Tolong aku ketika aku serabut. Tolong bagi kata-kata membina dan membangun. Tolong aku dalam bagi pandangan dan idea, komentar untuk video-2 AZAR Productions. Daripada kita bersuku-suku, akhirnya kita bersatu atas nama ukhwah. Moga persahabatan kita takkan terhenti di sini sahaja. Walau jauh di mata tapi tetap dekat di hati. Moga aku, kau dan semua geng-2 Sepakat kita, bergraduat sama-2, dan berjaya dalam apa jua urusan. Ukhwah fillah abadan abada. Persahabatan kerana Allah untuk selamanya.
Ingat plan kita, belajar kasi habis. Kahwin nanti jemput aku, as VVIP. Xpun.. Jadi jurufoto pun okay la hahahah. Sekian sahaja coretan aku, nanti lagi panjang aku tulis, aku sebak. Glad to know you Hafizi Jamil. Best buds till Jannah. InsyaAllah.