Dr. Azeem?


Mengimbau kembali, zamun dahulu kala.
Dulu nenek pernah kata masa kecik-2. Perbualan 10 tahun lalu mungkin.

"Hah, Azeem nak jadi apa besar nanti?"
"Nak jadi jurutera, Opah!"
"Ohh bagus cucu Opah ni. Tapi Opah rasa nanti cucu Opah nanti bila besar jadi Doktor. Doktor Azeem. Nanti bolehlah rawat Opah bila Opah sakit. Hehehe".
"Alaa Opah. Azeem tak minat la ubat2 semua ni. Minat bangunan. Best. Nanti boleh buat rumah kat Opah ngan Tok. Rumah besar. Hehehe".

Dan kini, aku bukan doktor, tapi seorang Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Volunteer. Secara xlangsung memang belajar pasal ilmu kedoktoran walaupun hanya surface sahaja.
Kalau orang sebut pasal istilah-istilah doktor tu, ada la tahu serba sikit.
"CPR - Cardio Pulmonary Resustication"
"SOB - Short of Breath"
"PCM - Paracetamol"
"Haemostatis - Bleeding"
"Diarrhoea - Sakit Perut"
"Paraesthesia - Semut-semut / Kejang"
"Epilepsy - Sawan"
"Inguinal Hernia - Angin Pasang"
"Angina Pectoris - Sakit Bhgn Dada"

Dan banyak lagi. Haha.

Mcm blajaq biology. Study pasal tulang. Vertebra, non-vertebra. Skapula. Bone marrow. Ribs.

Apapun sekarang. Engineering bukan. Doktor pun bukan. Tapi.. PTD to-be InsyaAllah.

Walaupun belajar Diploma Pentadbiran Awam. Tapi rasa minat pada medical line tu, ada la timbul sikit (mungkin sebab Opah dok nak sangat cucunya jadi Doktor kot hahah). Tapi xpelah. Rezeki di mana-mana. Jadi volunteer pun not bad what.

Yang penting, kita berbakti pd orang lain dan bumi, dgn kerja yg kita buat.

Do the best in your field.

Walaupun tak dapat jadi Dr. Medik, dapat jadi Dr. Akademik pun okay jugak. Hehe. Insya-Allah. Mudah-mudahan.


P/S : Gambaq pakai surgical mask sebab Jerebu, bukan sebab masuk OT (Operation Theatre) a.k.a Bilik Pembedahan. Heheh.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript