Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.
Diri kiri : Bro Ayien, Bro Jim, Bro Jie
Fasilitator PT3 Program Kecemerlangan Akademik SMK Seri Pagi Kerjasama UiTM Seremban, Tahun 2015.
Ayien dan Hafizi. Kawan baik sejak semester 3. Dua semester jadi PMDS (Pemimpin Minggu Destini Siswa), ataupun lebih mudah dikenali sebagai Pemimpin Minggu Orientasi Pelajar Baharu.
Hafizi (Baju Jersi Negeri Sembilan). Teman sebilik dah dua semester dah. Mula-mula pendiam, lama-lama.. Hahh, kemain kepohnya. Lama jugaklah nak masuk air dengan dia ni. Tapi alhamdulillah, kerana 'persistence', maka rapatlah kita. Heheh.
Nazreen (Baju Liverpool). Jiran sebelah bilik masa semester 4. Selain itu, semasa semester 3 dan 4, jadi PMDS, bekerja dalam satu biro yang sama : BDPM (Biro Dewan Protokol Multimedia). Abang SR (Sport Rec). Nampak garang dan sasa, tapi comel. Teddy bear gua ni. Hahah XD
Apapun, dua brader ni, selalu ada time susah senang. Selalu dengaq cerita aku. Bro Nazreen pernah beri bahu pada aku tika mana aku menitiskan air mata masa MDS dulu (Regarding Multimedia Work). Bro Jie pulak banyak bagi nasihat pasal kehidupan. And belanja makan bila aku xdak duit. Zaman universiti ni, RM1-2-3 sangatlah berharga.
Mereka jugaklah geng jalan-2 cari makan aku. Hafizi dengan Nasi Goreng Kicap / Seafood, manakala Nazreen dengan Nasi Goreng USA / Nasi Pai Krapau.
Hafizi. Jumpa semester depan. InsyaAllah kita roomate lagi. Nazreen, goodluck dengan Practical ko tu. Jadi Cikgu PJ dan Coach yang baik. Jangan tunjuk sangat teddy bear ko tu, takut budak-2 melting. Nanti heboh satu sekolah. Heheh.
Moga result final exam kali ni, baik dan cemerlang.
Moga persahabatan terus kekal hingga ke Syurga.
Insya-Allah. Amin. Ya Rabbal Alamin.