ANNUAL GRAND MEETING (AGM) DiPAC UiTM SEREMBAN SESI 2014/15

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Dah lama dah tak pakai baju sekolah ni. Last pakai, masa 3 tahun lepas (2012). Tak kusangka masih muat lagi badanku dengan baju bersejarah ini.

Baju kuning, seluar slack hitam, kasut kulit / kanvas hitam. Pakaian amanah ketika di bangku persekolahan. Diberikan amanah untuk menjadi seorang pengawas sekolah.

Daripada belajar menerima arahan, dan akhirnya menjadi seorang yang memberi arahan.

Aku seorang Ketua Pengawas / Ketua Pelajar SMK Seksyen 19, Shah Alam, Sesi 2011/2012.

Sungguh cepat masa berlalu. Kini aku menyarung kembali baju ini, di bumi UiTM, dek kerana ada Program AGM DiPAC (Diploma in Public Administration Club) yang temanya adalah :

"Back to School"

Datang program, orang semua pandang pelik ja. Siap ada yang ingat saya ni pelajar sekolah. Hahah. Ada juga yang bertanya :

"Azeem, baju sekolah siapa kau pinjam ni?"

Saya menjawab, "Baju sekolah aku la, baju tiga tahun lepas. Heheh".

16 September. AGM DiPAC. Hari di mana saya juga melepaskan jawatan saya sebagai seorang Sekretariat Publisiti dan Perhubungan Luar DiPAC yang telah berkhidmat selama tiga semester (1 tahun setengah). Orang lain semua khidmat selama 2 semester ja, tapi saya terlajak semester pulak. Dah dikira macam Senior Sekretariat dah. Hahaha.

Maka tamatlah tugasan saya, beri peluang kepada nafas baru, kepimpinan baru dan daku juga ingin berehat sebentar dari medan kepimpinan dan persatuan, agar dapat memfokuskan diri dalam pelajaran.

Produk SMK Seskyen 19 (Saya) ini akan terus mengharumkan nama sekolah biarpun kini saya hanyalah berstatus Alumni SMKS 19.

Hal ini kerana bagi saya, SMKS 19 lah, permulaan bagi segalanya. Permulaan bagi saya menjadi ORANG. Saya terhutang budi dengan sekolah ini. Banyak aspek, dan sukar untuk dijelaskan.

Kerana sekolah inilah (Dengan Izin Allah SWT), berpijaknya saya di bumi UiTM ini.

Kini tiba masanya, saya hadiahkan kejayaan. Buktikan SMKS 19 masih berupaya melahirkan produk 'Gear' 5. Insya-Allah masanya akan tiba, saya pengubah destini anak bangsa.

SMKS 19 Ohsem.

UiTM Di Hatiku.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama