Dulu Pernah Bercita-Cita Nak Jadi Engineer...


Dulu cita-cita semasa zaman kanak-kanak, nak jadi Jurutera Awam / Civil Engineer.

Sebab apa? Sebab minat hal-hal berkaitan pembangunan, bangunan, lakaran, landskap, dan hiasan dalaman.

Dulu masa kecil-2, teringat lagi bahawa, saya suka melukis gambar rumah, bangunan, dan tunjuk pada ayah untuk ayah memberikan komen dan pandangan.

Dek kerana minat, saya merealisasikan impian saya untuk melakar rumah idaman, dalam game yang dinamakan, The Sims, dan Sim City.

Dari situlah saya belajar banyak benda mengenai perumahan dan isinya. I learnt about foundation, lighting intensity, color pattern, suitable placement for fixture and fittings, as well as safety inspection of one's home and many more, selain daripada melestarikan kreativiti yang ada di minda.

Walaupun kini saya di bidang Pentadbiran Awam, minat saya pada pembangunan masih belum sirna dari hati.

Walaupun tak dapat nak jadi seorang Jurutera, dapat pakai Safety Helmet ni pun, dah cukup gembira dah. Sekurang-kurangnya aura-nya tu ada. Aura seorang Engineer.

Semoga dapat berjaya seperti pemilik Safety Helmet ini. Seorang jurutera yang hebat dan berjasa di bumi bangsa.

Insya-Allah.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript