Pengalamanku Selaku Guru Pendidikan Khas


PROFESSIONKU BERMULA DI SINI...


GURU MUDA

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Mengimbau kembali lipatan sejarah belaka.

Sebelum ini, diriku pernah dilantik oleh Guru-2 PPKI SMKS 19 sebagai Tenaga Pengajar Nasyid PPKI SMKS 19 sempena Pertandingan MTQ 2014.




MTQ bermaksud Majlis Tilawah Al-Quran, pertandingan yang seringkali dianjurkan saban tahun untuk pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah dalam pelbagai kategori pertandingan seperti Syarahan, Pidato, Debat, Sajak, Pantun, Hafazan, Tilawah Al-Quran dan Nasyid.



Perkataan mudah. Cikgu. Ya, saya seorang cikgu. Saya ada sesi bersama dengan pelajar pendidikan khas. Saya diberi tanggungjawab untuk mengajar mereka, berkaitan dengan muzik, khususnya vokal dan alat perkusi.

Minat nak cikgu tu sudah terpasang impian sejak sekian lama. Apabila cikgu sekolah dah panggil saya untuk berkhidmat, rasanya itu merupakan satu peluang yang baik untuk saya menceburi bidang perguruan. Apa lagi, kita cuba jelah kan. Hehe.

Apapun... Nak ajar murid bukannya senang. Anda perlu bijak dalam menangani masalah yang mendepani anda. Pelbagai langkah dan alternatif yang perlu diambil kira dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya apabila mengajar pelajar-pelajar pendidikan khas. Kita perlu kreatif, dan perlu cuba untuk memasuki dunia mereka, agar kita lebih memahami apa yang mereka kehendaki dan apa yang mereka perlukan.

Daya pujuk rayu, penggunaan dan pemahaman bahasa badan, cara berkomunikasi, perlu diambil kira dengan sebaiknya. Di sinilah, saya belajar... Serba sedikit, mengenai psikologi dan cara mengendalikan pelajar pendidikan khas.



Di sinilah saya mendalami rintihan dan keluhan seorang guru. Walaupun saya jadi cikgu ni sekejap sahaja, tapi saya dapat rasa apa yang cikgu-cikgu rasa. Saya dapat rasa, dan lalui, betapa penatnya, jerih perih seorang guru sekolah dalam melaksanakan amanah yang diberi.



Seorang guru, sanggup berkorban jiwa raga demi anak muridnya, mengajar mereka, mencurahkan ilmu di dada, dengan harapan pelajar-pelajar akan menimba ilmu dengan sebaiknya. Namun pelajar seringkali mengecewakan guru dengan mendustakan guru, mencaci maki itu ini begitu begini tanpa segan silu.

Tapi, kebanyakan cikgu, sabar dan terus bersabar. Sabar menghadapi kerenah pelajar. Segala cacian makian ditelan, dan diteruskan tanggungjawab yang diberikan.

Ini antara contoh. Banyak lagi contoh lain. Boleh tanya Mr. Google. Anda kan rajin. Hehe.

Apapun, tabik spring sama cikgu-cikgu! Jadi cikgu ni, sifat sabar memang kena kuat dan hebat. Kalau tak, hmmm... Habis meletup satu sekolah.




Kini, Tanggal 16 Mei sudah menjadi tarikh keramat yang bermakna buatku. Sambutan Hari Guru, penuh makna, penuh syahdu. Semasa kali pertama saya sambut Sambutan Hari Guru sebagai seorang guru, saya menangis dan sebak.

Kenapa?

Sebab ada pelajar yang mengucapkan sebaris ayat, empat perkataan, 

"Selamat Hari Guru Cikgu!".

Allah... Jujur cakap, rasa dihargai sangat. Rasa hiba, rasa sebak. Rupanya beginilah rasanya, ertinya Sambutan Hari Guru yang sebenar.

Cikgu-2 ni, dia xnak pun hadiah grand-2. Cikgu-2 ni, asal anak murid mereka berjaya, pun dah dikira hadiah lah, sebab berjaya buat cikgu-2 gembira.

Tapi kalau dapat hadiah tu, bonus and extra la buat kami. Hehehe.

Syukur Alhamdulillah. Allah beri saya peluang untuk menjadi pendidik. Pengalaman itu berharga. Pengalaman mematangkan kita.

Sekian sahaja coretan saya. TQ.

Guru Muda.

#SelamatHariGuru #TerimaKasihCikgu



GURU MUDA BERSAMA ANAK MURID





Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript