#SEPAKAT GATHERING FASA PERTAMA





SEPAKAT GATHERING FASA PERTAMA

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Kekuatan seramai 34 anggota (seorang tiada dalam gambar) yang turut serta program pada kali ini.

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Seronok. Terdapat pelbagai peristiwa pahit manis yang berlaku dalam masa dua hari program berlangsung. Dengan hujannya, lepas tu dengan ada yang injured, ada kenderaan rosak, tapi semua tu merupakan antara kemanisan dalam kesusahan.

Disebabkan hujan lebat pada malam Isnin, kami terpaksa ber-BBQ di bawah teduhan gazebo. Angin bukan main kuat, pastu hujan, dengan tempiasnya, kami jadi benteng ooo. Cover jugak dengan tikar. Gantung tikar untuk elak air hujan. Kami berteduh bawah gazebo ramai-2. Mana yg tak dapat nak berteduh bawah gazebo, mereka pakai payung dan poncho. Mujurlah ada semua benda tu. Itulah orang kata, sediakan payung sebelum hujan.

Selain daripada itu, pada waktu ni la terasa ukhwah tu semakin utuh. Setup ramai-2. Bergaul. Sesi bertukar-tukar cerita dan pengalaman. Semua gembira ja. Makan pun sedap. Sedap sebab makan ramai-2 and semua perut mcm saka ja. Makan banyak beb. Lepas seketul seketul diambilnya. Hahah.

Main futsal, mandi laut, main roundous pada waktu malam, ketika hujan boleh dikatakan gila juga la, tapi... Kami buat benda tu. Prinsip, redah kasi pecah diguna pakai. Yang penting, kita berseronok melepaskan tekanan final exam. Hahah. Yang gila jugak tu, stereng lock kereta yang bentuk mcm baseball bat tu, dijadikan kayu pemukul untuk game roundous. Hahah.


Berbusking pada waktu malam sampai ke tengah pagi. 2 gitar, 1 ukulele, 1 harmonica, 1 drum. Drum datang dr mana? Drum pakai baldi ja. Hehe. Sepakat ni ramai retis sebenarnya.

Konvoi ramai-2. 6 buah kereta dan 7 buah motorsikal. Perghh. Terbaik.

Memorabilia.

Terima kasih kepada semua yang hadir, dan terlibat dalam menjayakan program secara langsung atau tidak langsung. InsyaAllah ukhwah akan terus kita bina, hingga ke Jannah atas sana.

Nantikan Gathering Sepakat Fasa Kedua pada semester hadapan. Stay tuned. InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.


Ahmad Azeem Ahmad Raslan,
Penasihat (Ex-Officio),
Gathering Sepakat Fasa Pertama,
Tahun 2015.

CC : @sepakat13 #Sepakat #SepakatMembawaBerkat #GatheringSepakat #Sepakat13








Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript