Assalammualaikum wbt, salam sejahtera. Ini sekadar perkongsian daripada saya :)
Ada yang bertanya, "Azeem, macam mana kau study do?", "Azeem, apa rahsia kau sampai dpt result cenggini?", Azeem, congrats! Macam mana kau boleh dapat result cenggini? 3.95 kot pointer... Kau menghadap buku pagi ptg siang mlm ke?".
JAWAPAN SAYA :-
Kerjakan apa yang Allah suruh dan suka. Tinggalkan apa yang Allah keji dan cela. Insya-Allah, kita akan mengamit kejayaan di menara impian yang kita idamkan.
Jaga hubungan kita dengan Allah. Jaga hubungan kita dengan manusia. Jaga hubungan kita dengan alam. (CTU101 - Prinsip-2 Asas Islam). Solat jangan tinggal. :D :D
Selain daripada itu, hormat orang khususnya ibu bapa kita, pendidik-2 kita, orang yang dekat dengan kita. Yang tua dihormati, yang muda disayangi... Kita kena hormat semua lapisan masyarakat tidak kira umur, darjat, kaum, agama dan bangsa. Kenapa kena hormat? Sebab setiap agama mengajar kita utk menghormati org lain walaupun seteru kita sendiri.
Seterusnya, dalam kelas, tumpukan perhatian sepenuhnya terhdap apa yang diajar oleh pendidik. Kenapa kena dengar? Sbg tanda hormat, sbg tanda kita semangat nak belajar. Dan, duduk di barisan hadapan. Kenapa barisan hadapan? Supaya ilmu sampai pada kita dahulu, supaya kita dapat garap dan fokus terhadap apa yang diajar oleh pendidik. Pegang pen dan kertas, catit apa yang diajar (point-2 penting) sambil mendengar apa yang diajar. Kenapa? Utk generate fikiran dan tangan utk membuat dua kerja dalam satu masa.. Insya-Allah hand-eye-ear coordination akan lebih efisien.
Pakai pakaian yang baik, bersih. Pakaian yang baik mencerminkan personaliti dan peribadi yang baik. Pakaian yang smart, spt kemeja, blazer, coat, vest, kasut kulit memberikan satu aura utk kita melangkah ke arah professionalisme. Pakaian yang selekeh mencerminkan peribadi dan personaliti yang buruk. Pakaian juga penting kerana ia bertindak sebagai first-sight-impression pada org lain.
Sentiasa husnuzon dengan diri sendiri. Husnuzon bermaksud bersangka baik. Positive mind set, positive atmosphere, positive mood, positive impression. Bersangka baik pada Tuhan. Kalau kita ditimpa musibah, husnuzon. Kalau result kita teruk, husnuzon. Kerana padanya pasti ada hikmah. Juga, husnuzon terhadap orang lain. Jangan pandang rendah pada orang lain. Mungkin akan datang dia di atas kita. Terapkan sifat rendah diri.
Bergaul dengan semua orang. Jangan amalkan diskriminasi. Jangan fikir darjat. Orang lagi suka kalau orang atasan turun padang jenguk org-2 bawahan. Sbg contoh, Rasulullah pun sering turun padang, jmpe penduduk madinah... jumpa golongan fuqara' dan masakin.
Kawan yang baik kita ikut, kawan yang tak berapa nak baik tu kita bimbing mereka, bagi nasihat. Benda yang baik kita jadikan tauladan, benda yang buruk dijadikan sempadan. Sayangi kawan kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri. Itulah ungkapan gelaran kawan sejati.
Buat baik pada semua orang, walaupun ada yang buat jahat kat kita. Rileks ja. Wat lek wat peace. Senyum ja. Sabar ja. Allah kan ada. Kita positifkan diri. Itu shj.
Tanamkan semangat utk belajar. Ingat mak ayah di rumah. Ingat adik kakak abang guru cikgu semua. Kita datang belajar dengan harapan, pulang dengan kejayaan. Betulkan niat. Innama A'malu Binniat. Segala perbuatan dimulakan dan bergantung pada niat. Insya-Allah ok :D
Jangan memilih subjek. Iya saya tau... Pasti akan ada subjek yang kita tak minat... Tapi, cuba cari benda yang membolehkan kita minat subjek tu... Paling kurang pun... Cari perkara yang boleh membuatkan kita stay kat kelas dengan tenang. Budaya memilih subjek sbnrnya akan menjejaskan pemikiran kita. Bila dah ada budaya ni, pastinya mind-set terhadap subjek tersebut menjadi negatif. Try to overcome the problem.
Study smart. Study hard boleh... Tapi jgn selalu. Takut-2 kita overstudy then lupa semua apa yang dipelajari. Jgn study last minute. Hari-hari terakhir sebelum periksa jgn push sgt. Kalau dua tiga hari nak push tu ok ja Cuma pastikan hari last tu jgn push. Banyakkan rehat. Banyakkan berdoa.
Kaji soalan past year. Buat soalan past year. Soalan past year banyak membantu kita kalau kita kaji dan buat. X caye? Cubalah :D
Tiap-2 hari kalau boleh buka la buku, baca sat. 30 minit pun ok la 2. Kalau malas sgt 1 helaian pun jadi la. Janji ada benda yang kita baca. Kenapa baca? Sebab nak bagi ilmu yang kita belajar, sentiasa berkitar dalam fikiran, tak lekang.
Doa. Doa. Doa. Doa senjata orang mukmin.
Nak bagi mudah faham, relate apa yang kita belajar dengan kehidupan, isu semasa. Kalau sulit, permudahkan. Insya-Allah ada jalannya.
Oh ya. Buat short-note. Mind map. Ianya sangat2lah membantu. Percayalah. Mind-map yang kita buat tu sangat bagus dan sangat berguna pada hari dekat2 peperiksaan. Lagipun, mind map yang kita buat tu mengikut corak fikiran kita, so senang kita nak hafal sequences yang kita sendiri create.
Pastikan tidur mencukupi. Tidur yang tidak cukup menjejaskan kesihatan dan performance kita.
Nak jadi orang berjaya... Ada tiga kesanggupan :-
Sanggup 'belajar'.
Sanggup 'diajar'.
Sanggup 'mengajar'.
Jangan kedekut ilmu. Curahkan ilmu yang sarat di dada kepada kawan2 kita. Ilmu utk dikongsi bukan disimpan seorang diri. Jangan poyo. Kalau poyo last-2 kita yang kecundang. Sebenarnya bila kita berkongsi ilmu... The more we give the more we get. Kongsi, it's the best way for us to gain more understanding because before we want to teach people, of course we'll try to gain full understanding first right?
Jaga percakapan. Percakapan merupakan doa. Cakap benda yang baik-2, benda yang buruk-2 kita kurangkan. Nak cakap boleh... Tapi minimumkan.
Kalau kita marah lebih baik kita diam, daripada kita bercakap. Sbb kalau time marah kita bercakap confirm kerja nak marah orang je.. Hehehe.
Baiklah itu sahaja kot setakat ni... Saya hanya manusia biasa, daripada keluarga biasa.. Belajar pun biasa2 ja... Alhamdulillah rezeki saya kali ni utk berjaya... insya-Allah rezeki anda pula akan datang! Semua orang berhak berjaya... Cuma tak sampai masanya lagi sahaja. Cuba, cuba dan cuba. Jgn putus asa. Orang yang berputus asa adalah org yang rugi. Maaf sekiranya terdapat kesilapan, yang baik itu datangnya daripada Allah SWT manakala yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri.
Sekian daripada saya. Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.